Status Perkahwinan Noor Nabila Dan Engku Emran Akhirnya Terjawab
Status Perkahwinan Noor Nabila Dan Engku Emran Akhirnya Terjawab
Sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan perkahwinan Noor Nabila, kakak kepada Neelofa seperti telur di hujung tanduk selepas beberapa gambarnya bersama suami, Engku Emran sudah dipadam di Instagram.
Berita mengenai masalah rumah tangga membabitkan Engku Emran dan Noor Nabila ini turut mendapat perhatian media di Indonesia yang juga mengatakan rumah tangga mereka telah sampai ke penghujungnya.
Terbaru! Terdapat satu video yang dimuatnaik Noor Nabila di Tiktok menunjukkan anaknya, Jebat Jayden sedang mendirikan solat berjemaah dengannya.
Video itu telah membuktikan yang Nabila masih sebumbung dengan suaminya apabila terdapat kelibat Engku Emran yang sedang menjadi imam mereka.
Cerita yang kita dengar bahawa perkahwinan mereka seperti di hujung tanduk itu adalah tidak benar.
Kredit: Tiktok @noornabila00