Umum Berundur Dari Media Sosial, Aliff Syukri Nak Jual Akaun Instagram Dengan Harga RM500k
Sebelum ini usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi mencetus kontroversi apabila merakam lagu dangdut yang menampilkan penyanyi Baby Shima dah menyebabkan ramai yang kurang senang.
Dia juga memaklumkan akan berundur dari media sosial dan telah memadam semua video kontroversi yang dilakukannya sebelum ini.
Terbaru! Menerusi IG Story, Aliff Syukri telah memaklumkan yang dia menjual akaun Instagramnya yang mempunyai 4.3 juta pengikut dengan harga RM500,000.

